"Kalau nak diikutkan hati memang aku nak ambik ape je yang aku dapat."
Kadang-kadang aku rasa putus asa dengan harapan atau cita-cita aku. Kalau diikutkan memang aku ambik saja apa yang datang tetapi bila difikirkan balik semua yang terjadi pasti ada hikmah.
"Setiap ujian yang datang mematangkan kita"Cita-citaku sebenarnya untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Sejak dibangku sekolah lagi itulah harapan aku agar dapat terpilih menjadi seorang doktor bukan aku sahaja, keluargaku juga mempunyai harapan yang sama agar dapat melihat aku menjadi seorang doktor.
Aku berjaya menghabiskan zaman persekolahan aku dengan agak cemerlang ( cukup-cukup makan je). Aku ditawarkan di PASUM. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Berjaya ditempatkan di salah satu universiti terbaik di Malaysia, Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, aku tidak ditawarkan ke jurusan yang diingini, aku mendapat tawaran ke jurusan Sains Fizikal bukannya Sains hayat. Ini adalah salah satu ujian daripada Allah kepadaku agar aku lebih matang, Insya-Allah. Dengan izin Allah, aku akhirnya berjaya menukarkan jurusanku ke Sains Hayat, Alhamdulillah. Aku berjaya juga untuk meneruskan cita-citaku untuk menjadi seorang doktor.
Setelah setahun aku menimba ilmu dan pengalaman di sana akhirnya aku berjaya tamatkan pengajianku di PASUM, tetapi aku tidak berjaya mendapat keputusan yang aku hajati. Aku hanya mendapat keputusan yang agak memberansangkan tetapi tidaklah secemerlang dahulu. Sekali lagi ujian datang kepadaku. Aku tidak berjaya untuk melayakkan diri masuk ke jurusan perubatan di peringkat ijazah di unversiti awam Malaysia. Aku tidak menyalahkan orang lain tetapi hanya menyalahkan diriku sahaja. Mungkin di Pasum dahulu, aku tidak berjaya untuk membiasakan diri atau aku sendiri menganggap diriku sudah berjaya, astagrfirullah. Kita jangan sekali-kali menganggap diri kita sudah berjaya dan tinggi daripada orang lain kerana kita hanyalah hamba Allah yang sangat lemah dan kerdil disisi-Nya. Hanya hamba-Nya yang bertakwa sahaja yang dilihat oleh Allah s.w.t.
Aku tidak mudah putus asa selagi cita-citaku tidak kesampaian. Sebanyak manapun ujian yang mendatang aku akan tetapkan pendirian aku untuk menjadi seorang doktor muslim yang berjaya. Mungkin rezekiku bukan di universiti awam tetapi di unversiti swasta. Kita tidak tahu. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Mungkin Allah hendak melihat hamba-Nya ini terus berusaha walaupun sehujan ujian yang datang.
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." (Ar-Ra'ad : ayat 11)
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)
Wasalam.
"Orang terhantuk, kita yang tengadah."
Pengajaran:
- Kita seharusnya berusaha walu segetir manapun ujian yang datang.
- Kita sebaik-baiknya senantiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t.
- Terimalah ujian dengan hati yang tenang dan terbuka.
No comments:
Post a Comment