Merdeka! Merdeka! Merdeka!Itulah perkataan keramat yang dilaungkan oleh bapa kemerdekaaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj. Aku berbangga berada di bumi Malaysia yang telah lebih setengah abad merdeka, Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, adakah kita yakin bahawa kita sudah benar-benar merdeka?. Itulah persoalan yang sebenarnya yang sentiasa berpusing di kepalaku.
Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia telah lama merdeka, bersyukur kepada Allah swt. yang memberi kita kemerdekaan dan tidak lupa jua kepada para pejuang yang terdahulu.Walaupun aku adalah anak pasca-merdeka yang tidak merasa bagaimana keadaan yang getir ketika era penjajahan suatu ketika dahulu tetapi merasa output daripada perjuangan orang terdahulu.
Sungguhpun kita sudah merdeka tetapi secara totalnya kita masih belum merdeka lagi. Pemikiran kita masih lagi dijajah walaupun penjajah telah 54 tahun berundur daripada bumi yang kita cintai ini. Kita masih lagi mengagung-agungkan penjajah yang telah merompak hasil bumi kita, maruah kita dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, kita secara tidak sedar masih lagi mengikuti jejak langkah mereka. Budaya mereka yang tidak selari dengan ajaran Islam masih lagi diikuti dan menyebabkan ajaran Islam itu dianggap asing.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
(H.R. Muslim)
Tidak dapat dinafikan lagi, benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Ianya sudah menjadi sangat releven pada zaman sekarang walaupun hadis ini telah 1400 tahun lamanya.
Tunstasnya, pokok pangkal adalah diri kita sendiri juga. Kitalah yang diberi kuasa untuk memilih mana satu jalan yang terbaik bagi kita. Seharusnya kita renung balik diri kita, adakah kita ini mempraktikan ajaran Islam secara total. Tepuk dada tanya iman kita. Aku bukan nak menasihati orang tetapi hanya ingin menasihati diriku sendiri. Akhir kalam, kita sama-sama renung hadis junjungan besar kita Nabi Muhammad saw..
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".wasalam.
(H.R. Muslim)
"Orang terhantuk, kita yang tengadah"zafiqsyaddiq.
P.S.
aku ingin menjadi dalam kalangan orang-orang yang asing.
No comments:
Post a Comment