Monday, 5 September 2011

Apa Macam Cuti Panjang... Best?

   
          Setelah tamat pengajianku selama lebih kurang setahun di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau PASUM. Aku diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan masa emasku untuk bersama ibuku yang tercinta setelah lama di perantauan(padahal selalu je balik.). Lebih kurang 5 bulan aku cuti (fuuuuhhhhhhh laaaammeeeeee beeetttoooiiii akuuuuu cuuutiiiiii.......) campur dgn lepas SPM punya cuti hampir setahun sudah aku bercuti.

          Cuti kali ini aku dapat tawaran berkerja di Negeri Sembilan (jauuhhh tuuh.. haha) memang tak disangka-sangka berkerja jauh nun di negeri orang. Berkerja sebagai steward untuk ABRSM. Aku berpeluang untuk berkerja dengan seorang yang bukan dari Malaysia tetapi berasal daripada England ( hah.. tuu dia mmg cek pandai ckp org putuih  (-.-')  ) tetapi lama-kelamaan aku dapat membiasakan diri untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa inggerins walaupun aku bukanlah pandai sangat.
        
          Hampir sebulan berkerja, agak banyak pengalaman yang aku timba daripada perkerjaan itu. Pelbagai jenis orang yang sudah aku temui bermacam ragam telah aku lihat. Namun semua itu aku jadikan sebagai iktibar dan pengajaran bagi aku. Bagi aku bukanlah wang ringgit yang menjadi ukuran tetapi pengalaman itu adalah sesuatu yang berharga yang tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit.

           Pengalamanlah yang menjadi seseorang itu matang, lebih berhemah dan berhikmah bukan itu sahaja dengan pengalaman kita menjadi lebih bersedia untuk menghadapi hari yang semakin mencabar ini.

wasalam.

"Orang terhantuk kita yang tengadah"

zafiq syaddiq.

Nota Kaki:
- Selepas ini aku kena menguasai bahasa inggeris dengan lebih mantap. Insya-allah.
- Selepas aku cuba untuk menguasai pelbagai jenis bahasa.

No comments:

Post a Comment