Tuesday, 6 September 2011

Kembali

      Kembali disini bukan bermaksud kembali balik ke kampung ke sempena hari raya atau apa-apa cuti sekalipun. Kembali disini bermaksud kembali melakukan perkara yang kita tak suka. Kenapa benda itu kita tak suka tetapi kita masih mahu kembali melakukan perkara itu?. Itu adalah persoalan yang sangat membimbangkan dan sering menjadi tanda tanya kepada aku.
  

      Kita tahu perkara itu adalah sangat bahaya dan memberi mudarat kepada kita tetapi pujukan nafsu dan mentornya syaitan kita sering mengenepikan akal yang Allah berikan kepada kita untuk berfikir walapun seketika waktu. Jadi kita sering mengikut sahaja telunjuk nafsu yang sering membawa kita kepada kejahatan.

     Walaubagaimanapun kita sering berjuang melawannya kadang-kala kita tewas di persimpangan yang berliku-liku. Jalan yang penuh onak dan duri. Kita seharusnya jalan melintasinya dengan berhati-hati agar duri-duri itu tidak terkena kepada seluar kita yang akhirnya seluar kita yang menjadi koyak, punah dan rosak. Kesannya, seluar kita yang kita pakai akhirnya tidak boleh dipakai lagi.

      Tetapi kita jangan lupa, seluar yang rosak terkena duri itu boleh diganti dengan memakai seluar yang lebih tahan kuatnya. Kita jangan putus asa dalam menerombos jalan yang sememangnya mencabar itu dan seterusnya berusaha dengan lebih cekal dan sentiasa konsisten mengelak duri-duri itu.

Wasalam.


"Orang terhantuk kita yang tengadah"

zafiqsyaddiq.

P.S.
Jalan bermaksud kehidupan yang kita kena lalui.
Duri itulah cabaran-cabaran atau dosa-dosa yang sering kita lakukan.
Seluar itu adalah diri kita atau dalaman hati kita yang kita boleh ubah.

No comments:

Post a Comment