Wednesday, 5 October 2011

Selamat kembali ke UM?


Assalamualaikum w.b.t.

     Setelah lama menghilang sekarang aku kembali untuk memulakan penulisan aku. Mungkin kerana sibuk dari segi lahiriah dan batiniah yang menyebabkan aku sering kali lupa untuk memenuhi coretan aku. Aku kini mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana muda di universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya.
   
     Aku telah mendapat tawaran belajar dalam kejuruteraan mekanikal di UM. Pada mulanya agak berat juga untuk ku membuat keputusan untuk menerimanya ataupun tidak kerana aku mendapat tawaran yang tidak aku sangka-sangka. Memang tidak dinafikan cita-citaku sejak kecil hendak menjadi seorang doktor muslim yang berjaya tetapi Allah maha besar, Allah mengetahui apa yang terbaik kepada hamba-Nya.

     Sebelum aku menerima tawaran ini. Aku perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan aku jalan yang mana sepatutnya aku ambil - meneruskan cita-citaku atau menerima tawaran ke UM dalam bidang lain. Tetapi Allah itu maha kaya, aku terus membuat keputusan untuk menerima tawaran ke UM dalam bidang yang agak aku kurang minati tetapi kita tidak tahu apa yang terbaik bagi diri kita hanya Allah sebagai pencipta yang tahu segala-galanya.

      Buat masa sekarang aku masih dalam percubaan dalam bidang kejuruteraan. Walaubagaimanapun, aku seharusnya melakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana setiap yang datang itu amanah Allah kepada hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment