Thursday, 25 August 2016

10 Cara Untuk Menjadi Jutawan dalam 20-an (10 Ways to Become a Millionaire in Your 20s)


Tips ni untuk anak muda yang nak jadi jutawan dalam usia 20-an.



Tips #1:

Untuk menjadi jutawan anda tak perlu bekerja sebagai peguam atau doktor atau sebagainya. Keluarkan permikiran seperti ini dalam diri anda kalau nak menjadi jutawan



Tips #2:

Jangan tetap dalam sesuatu pekerjaan yang spesifik. Berlajar semua yang anda mahu dalam internet.

Saturday, 20 August 2016

DIY Repairing T5 Light

Lampu bilik air tak boleh menyala. Hari2 mandi dalam gelap. Tak puas maaa
Mula2 tukar bulb. Kejap je... rosak balik..
Tukar pulak starter. Pastu ketuk2. Baru nyala. Lama2 terus tak nyala
Pegi kedai hardware. Ingat nak beli satu lampu.
Harga dalam RM15.
Balik rumah.
Bukak housing semua.
Rupa2 nya bracket dia je yg rosak. Dah reput and connection dia dah rosak.
Pastu, pegi balik kedai hardware. Rupa2nya ada jual bracket dia.
harga dalam RM4 satu set.
Jimat dah dekat situ dalam RM11
tapi ingat kerja DIY ni renyah sikit. Kalau malas panggil je contractor repairkan jimat tenaga tapi kena keluar lebih duit.
Sesiapa yg nak try DIY dekat rumah.. boleh.. tapi kena ingat pasti kena ada cara. hahaha
 WP_20160820_12_57_54_Pro

Sunday, 17 July 2016

Alternator Disassembly



Pagi ahad bosan tak tau nak buat apa.
Aku tgk ada alternator yg lama. Hari tu dah rosak. Aku try gerodek2. Bukak sampai macam ni. First time bukak alternator
Tgk2 carbon brush dah rosak. Dah patah.
Nnt nak pegi kedai cari carbon brush 4G92. Kasi kemas balik. Jadi alternator recon. Hahahaha. Boleh jual balik.


Alat yg diguna:
1) Socket wrench 8mm, 12mm
2) Philips screwdriver
3) Flat screwdriver
4) Hammer (kalau pakai rubber mallet lg elok)
5) Flat nose pliers (aku pakai Leatherman wingman multi tools pliers biasa takda)


Alat yg diperlukan lagi.
6) Soldering iron (utk bukak corbon brush. Yg ni aku xde. Aku pakai tarik je. Sampai putus carbon brush aku. Nanti aku beli satu set soldering iron)
7) Multimeter. Nak tgk lepas dah pasang balik carbon brush. Ade voltage tak
8) Rubber glove


P/S: Sapa tahu harga carbon brush ni berapa?

Wednesday, 29 July 2015

DIY Flush Radiator


Kali ni nak tunjuk macam mana nak flush radiator dan tukar coolant dalam radiator dgn cara yang betul.


Sebelum ni, saya ada lihat satu video mcm mana abang tomen tukar air radiator menggunakan teknik botol air mineral. Memang betul dengan cara tu, air dalam radiator dapat ditukar tetapi cuba kita bayangkan, dalam radiator tu bukan coolant sahaja yang ada, terdapat juga debris2 atau serpihan besi radiator yang terhakis akibat daripada kesan karat. 


Radiator adalah sebahagian daripada sistem penyejukan engine kereta (cooling system), coolant yg berada dlm radiator ini akan mengalir atau disalurkan kebahagian engine yang penting seperti blok engine, throttle valve dan sebagainya. 


Kalau, sistem penyejukkan tidak berfungsi masalah besar akan timbul seperti overheating. Kalau overheating berlaku dan kita terus bawa kereta kita tanpa memberhentikan kenderaan. Kebarangkalian masalah-masalah besar yg lain akan timbul. 


Contoh, gasket pecah . Kalau dah gasket pecah. Air masuk dalam engine. Lepas tu, engine oil dah bercampur dengan air. Lepas tu lubrication dkt engine tak bagus. Parts2 kecil dalam engine boleh jadi melekat dan seterusnya engine boleh pecah. Bak kata orang perak, prevention is better than cure. hahaha. Lebih baik kita halang benda kecil dulu sebelum benda besar berlaku.


Jadi saya akan tunjukkan bagaimana nak flush radiator. Sebelum itu, pastikan kereta sudah sejuk sepenuhnya sebelum memulakan kerja.


Desclaimer: 

Saya bukan pomen ye. Kepada sesiapa yang mencuba ni. Tanggungjawab atas diri anda sendiri. Kalau apa2 berlaku kepada kereta anda atau diri anda sendiri semasa melakukan DIY ni. Saya tidak bertanggungjawab. Saya pon budak baru belajar. Kalau tak yakin. Sila ke bengkel yg berdekatan. Mintak diaorg tukarkan.

Coolant radiator ni bahaya. Kadang2 kucing ni suka minum coolant ni sbb bau dia wangi. Nanti kucing anda mati. Sebaik baiknya, coolant ni dikumpul dalam bekas dan seterusnya hantar ke tempat recycle (tak tau la kalau kat Malaysia dia terima utk recycle coolant ke tak)


Kalau ada sebarang cadangan atau masalah, boleh kita bincang sama-sama. :))



Monday, 27 July 2015

e-Commerce training class 101 by Lelong.my



Hi!!
Today I have attended e-Commerce training class conducted by Lelong.my

This class are suitable for
1.     New Seller’s (Part Time or Full Time)
2. Online Store (Owner or Person in Charge)
3. Blog or Forum Seller’s
4. Facebook Seller’s
5. Retail Store (Owner or Person in Charge)
6. Sellers who want to Increase Their Online Sales Revenue


Tips on starting a online business

Process flow

Seller must have process flow to make sure the item deliver is successful and the parcel is delivered to the customer. Process flow also make the seller more organized.

1. Before making a transaction, a seller must check and verify the buyer. Do some research on the buyer. This is to make sure the buyer is not a fraud.

2. To make sure the buyer is not a fraud. Seller must call the buyer to verify the information that buyer have provided. Example, verify the buyer's shipping address, phone no. and other details that related in the transaction. From the buyer point of view, we feel safe and secure when the buyer personally call and verify our detail. This will make the buyer more confidence to buy our product.

3. After the seller have called the buyer. Pack and ship the parcel to the customer and make sure the detail of the postage is send to the buyer such as tracking number. For more convenience, send the url of the tracking number. We human sometimes lazy to check the tracking number that's why put the url and it will automatically go the web page of the tracking number. hahahaha

4. Last, call back the customer. Check whether the parcel have received by the customer and from this we can ask the customer to make a testimonial of our service.

Sunday, 26 July 2015

DIY tukar lampu besar (Halogen bulb)

Kali ni nak tukar lampu besar #kereta (Halogen Bulb) sebab lampu besar sebelah pemandu dah rosak atau terbakar. So, nak tunjukkanlah macam mana nak tukar lampu ni. Simple je. So lepas ni sesiapa pon boleh tukar lampu besar ni secara #DIY

Saya pon baru nak cuba-cuba buat kerja-kerja #DIY. Kalau ada sebarang cadangan atau masalah, boleh kita bincang sama-sama. :))



Kita tgk lampu sebelah pemandu dah tak menyala.


Friday, 31 August 2012

Merdeka!

Assalamua'lakum.
       Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
       7 kali kata-kata keramat itu dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj kira 55 tahun dahulu. Apakiranya semua bangsa ketika itu berkumpul bagi menyaksikan suatu peristiwa yang bermakna bagi rakyat. Akhirnya, tanah melayu telah bebas daripada genggaman British. Berkat kegigihan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan yang sanggup menggadaikan nyawa demi kemerdekaan negara tercinta.
       Syukur ke hadrat ilahi kini kita telah 55 tahun kita merdeka. Pelbagai kemudahan dan kesenangan telah kita kecapi. Bagi aku anak pasca merdeka apalah jua tidak mengerti jerih perih pemimpin-pemimpin kita dahulu berusaha tidak pernah jemu bagi menggapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, sebagai anak pasca merdeka kita harus mengekalkan kemerdekaan.
       Mengekalkan kemerdekaan bukanlah merupakan suatu tugas yang enteng. Ia merupakan tugas yang berat dan harus diambil peduli oleh masyarakat pasca merdeka. Setiap warganegara Malaysia mempunyai tugas masing-masing bagi mengekalkan kemerdekaan Malaysia.
       Kita seharusnya bersatu padu agar kemerdekaan kita tidak dirobek oleh anasir anasir luar. Kita bersyukur negara kita tidak mengalami keadaan yang berlaku seperti mana berlaku terhadap saudara saudara kita di Palestin di mana kita sedia maklum regim zionis tidak jemu jemu menceroboh kampung halaman mereka. Walaubagaimanapun, tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku kepada kita. Nauzubillah. Justeru, tugas mengekalkan kemerdekaan amat penting agar perjuangan nenek moyang kita dahulu tidak sia sia sahaja.
    
     Persiapkan diri disaat genting,
     Keluarkan senjata didalam peti,
     Mengekalkan kemerdekaan amatlah   
     penting,
     Agar perjuangan dahulu membawa erti.